"Ketahui Bagaimana Para Usahawan Berjaya Di Seluruh Dunia Menggunakan Kemudahan 'Merchant Terminal' Yang Membantu Kejayaan Bisnes Mereka!
Kebanyakan Usahawan kadang-kadang hanya menumpukan jualan mereka hanya kepada pelanggan tunai sahaja sedangkan ramai di kalangan pelanggan mereka memiliki kad kredit & juga kad debit..
Kenapa PERLU untuk memiliki Mesin Kad Kredit?
amat diperlukan bagi setiap premis perniagaan yang berhasrat untuk menawarkan kaedah pembayaran alternatif kepada pelanggan mereka.
Jualan perniagaan ANDA tidak sepatutnya hanya bergantung kepada TUNAI sahaja, malahan ianya boleh dipertingkatkan melalui penggunaan KAD juga.
Bezanya, wang jualan tersebut akan anda terima dalam tempoh 3 hari bekerja (IBG) dan ianya terus ke akaun bank perniagaan anda.
Contoh Terminal Kad Kredit(model vx520)
Bagaimana untuk memiliki Mesin Kad Kredit?
Untuk memiliki sebuah Mesin Kad Kredit, anda perlu memohon dengan pihak bank. Ia semakin mudah melalui agen perantara seperti saya memandangkan agen lebih memahami berkaitan prosedur permohonan.
Sebelum saya teruskan, mari kita lihat 3 situasi yang sering terjadi....mungkin anda pernah mengalaminya sendiri...
:: Situasi 1 ::
Puan Zakia merupakan individu yang menggemari aktiviti membeli- belah. Di mana sahaja ada promosi jualan, beliau tidak melepaskan peluang untuk mengunjunginya. Selain wang tunai, beliau juga membawa bersama-sama beberapa keping kad kredit pelbagai bank sebagai persediaan di saat memerlukan.
Sehingga ditakdirkan, premis ANDA melakukan promosi jualan akhir tahun. Pelbagai barangan perlu dihabiskan untuk digantikan dengan barangan terbaru. Puan Zakia yang teruja dengan barangan promosi ANDA berhasrat melakukan pembelian pukal! Walau bagaimana pun, beliau teramatlah kecewa akibat kekurangan tunai, beliau tidak dapat melakukan pembayaran menggunakan kad kreditnya, memandangkan premis ANDA TIADA mesin kad kredit. Bagaimana dengan perasaan ANDA pula? |
:: Situasi 2 ::
Kemelesetan ekonomi dunia dan kenaikan harga barang mengakibatkan Johnson runsing dengan perbelanjaan isi rumah yang kian meningkat. Kos sara hidup di bandar yang tinggi memerlukan beliau memohon kad kredit sebagai persediaan di waktu luar jangka.
Ditakdirkan kereta yang digunakan untuk pergi dan balik kerja mengalami kerosakan. Ianya perlu dibaiki dengan segera bagi memastikan tugasan kerja tidak terganggu. Beliau datang ke premis ANDA untuk membaiki keretanya. Apabila siap dibaiki, beliau menghulurkan sekeping kad kredit untuk membayar kos pembaikan. Beliau tidak membawa tunai dan premis ANDA TIADA mesin kad kredit. Apa reaksi ANDA? |
:: Situasi 3 ::
Ramesh, remaja 15 tahun gemar bersantai pada hujung minggu bersama rakan-rakan di shopping mall di bandar. Dia membawa bersama-sama tunai dan sekeping kad debit pemberian ibunya sebagai persediaan di waktu luar jangka.
Dia merancang untuk membuat fesyen rambut pada hari itu. Cas khidmat pusat dandanan rambut adalah RM15 sahaja. Dia tidak mahu menggunakan tunai yang ada. Dia memilih untuk menggunakan kad debit yang telah ditambah-nilai RM50 oleh ibunya. Setentunya, keutamaan pemilihan pusat dandanan adalah yang mempunyai terminal untuk menerima pembayaran menggunakan kad tersebut. Sekiranya ANDA mengusahakan pusat dandanan yang memiliki mesin kad kredit di shopping mall tersebut, ada tak kemungkinan Ramesh memilih untuk menggunakan perkhidmatan anda? |